Wednesday, 25 April 2012

Kitaran dan Putaran


Setuju atau tidak, kita sedang bersandar pada pergerakan yang sama. Maksud aku ialah fasa tumbesaran. 
Contohnya seperti rama-rama, rama-rama bertelur,telur menjadi beluncas, beluncas menjadi kepompong seterusnya rama-rama, begitulah seterusnya.

Apetah lagi kita manusia, juga akan mengharungi beberapa fasa kehidupan di atas bumi. Bermula fasa terbentuknya janin, fasa menjadi bayi, fasa kanak-kanak, fasa remaja, fasa dewasa, fasa warga emas dan kemudian maut datang menjemput.

Itu merupakan dari segi tumbesaran, kalau dari segi keupayaan pula, aku belum layak untuk menggambarkan keseluruhan secara teliti.

Daripada tujuh fasa di atas tadi, hanya ada satu fasa sahaja kita berpeluang untuk mengerahkan segala usaha, titik peluh dan ilmu kita bekalkan sejak fasa kanak-kanak ke dalam kehidupan. Iaitu fasa dewasa. Peringkat yang memerlukan pemikiran rasional untuk menentukan kedudukan fasa seterusnya.

Aku percaya, setiap fasa tersebut tentunya didampingi oleh kedua-dua ayahanda dan bonda atau mungkin tidak bagi mereka yang kurang bernasib baik. Aku tidak bermaksud untuk mengguriskan hati kamu yang tidak berpeluang merasakan keistimewaan itu, tetapi ketahuilah, saham dosa kamu tidak lebih daripada kami yang mendapatkan bonus tersebut...

Scene 1- Makhluk kecil berada di fasa bayi
Ternampak seorang ayah sedang bersungguh-sungguh menukar lampin pakai buang yang sarat dengan hasil lumayan anaknya di satu sudut taman bunga.
 
Kadang-kadang, bila datangnya perasaan keibuan dalam hati aku ni, hati menggatal mulalah menjerit, 
"Wahhh~senanglah kerja aku esok kalau hari-hari laki aku bersihkan lombong anak."

Kebanyakkan masanya, kalau hati dan perasaan dikuasai dengan aura negatif, mulut puaka ni terjuih-juih memaki,
"Tak cukup tandas awam ke kerajaan dah sediakan? Tambahkan pencemaran udara je kat sini."

Jadi, berdasarkan formula statistik yang telah dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Negara, jumlah terkini, setakat 26 April 2012 0557am, penduduk di Malaysia ialah sebanyak 28,724,679.

"Oi oi, mana ko tau menatang ni, apa formula sebenar yang ko guna eh?"

Berikut merupakan andaian yang telah dibuat dalam formula ini:
Satu kelahiran berlaku setiap 58 saat
Satu kematian berlaku setiap 4 minit dan 36 saat
Seorang migran masuk (antarabangsa) setiap 5 minit dan 15 saat
Pertambahan keseluruhan penduduk, seorang penduduk bagi setiap 56 saat

Untuk maklumat lanjut sila layari:

Okay, berbalik pada topik, dengan jumlah penduduk 28,724,679 itu, ada berapa yang
akan berperasaan seperti seorang ibu? 700ribu? Ada berapa yang telah merungut?28juta?
Dan, ada tak yang pernah berfikir, "Aku mungkin akan begitu.."
Mungkin? 
Akan? 
Kenapa aku berikan kenyataan sedemikian?
Ini kerana Ingat 5 Perkara Sebelum Perkara yang sering ibuku dendangkan kepada anak-anaknya tatkala kami terlalai sebentar.

"Kaya sebelum miskin, Sehat sebelum sakit, Muda sebelum tua, Lapang sebelum sempit , Hidup sebelum mati"

Bila sihat, kita diingatkan untuk berdoa supaya dipanjangkan umur dengan ibadah. Maksudnya selagi dipanjangkan umur,dikurniakan kesihatan, lagi banyak ibadah yg kita boleh lakukan dan kena sentiasa berdoa semoga kita tak ditimpa penyakit. 
Contohnya nyanyuk. 
Bila dah nyanyuk, maka jadilah kita seperti baby di fasa bayi. Orang nak kena mandikan,nak kena suapkan makan,basuhkan berak dan sebagainya. Bezanya, baby sangat comel.. walaupun terberak penuh satu badan, bila dah mandikan, tepekkan bedak, terasa nak cium2 je baby tu. 
Sebaliknya, seorang yang nyanyuk, walaupun kena jaga macam baby, tapi bukanlah baby sebenarnya..

Islam mewajibkan umatnya untuk beriman dan mempercayai keesaan Allah SWT, kewujudan Malaikat, Nabi dan Rasul, Al-Quran itu sebaik-baik petunjuk, ketibaan Hari Kiamat dan juga ketentuan Qada' dan Qadar'.

Quote yang sering kita dengar,
Life is like a wheel
Sooner or later, it always come around to where you started again.
Tepat sekali.
Aku gelarkan diri sendiri sebagai insan yang paling beruntung. 
Motif?
Pada usia yang akan genap 22tahun dalam masa kurang daripada 14 hari lagi, telah diberikan kesempatan untuk menjaga dan merawat abah seperti beliau lakukan pada aku 21tahun yang lepas.
Selain menjalankan tanggungjawab sebagai anak, aku dapat merasakan suka duka beliau sepanjang membesarkan aku. 

Aku pernah bersungut.
Omelan aku kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk rehat dan ulangkaji. 
Omelan aku kerana terbawa-bawa emosi Abah yang tidak menentu. 
Omelan aku kerana tidak diberikan kebebasan yang sepatutnya aku rasai sebagai seorang remaja. 
Omelan demi omelan yang menjanjikan lonjakkan saham dosa aku pada ketika itu.

Astaghfirullah al azim..

Aku pernah terasa hiba.
Ketika Abah mula bercakap sesuatu di luar kesedarannya..
Ketika Abah tewas mengawal air matanya..
Ketika Abah kelihatan ceria saudara mara datang melawatnya..
Ketika Abah melafazkan kata-kata tidak sewajarnya..

Kadang-kadang, bila Ibu suruh aku masuk ke bilik sambung ulangkaji tukar shift jaga abah, aku akan berseloroh, 
"Kejap eh bu, Iyan kan nak praktis macam mana nak jaga baby. Esok Iyan dah ada baby, tak payah lah Ibu pening-pening nak ajar. Muda-muda lagi dah pro. Cuma yang ini baby giant la.hehehe." (Untung,kan?)

Seringkali aku terlihat Abah termenung..pertanyaan aku tak pernah kuajukan..kerana perbualan kami kurang..
"Apa yang Abah fikirkan,sekarang ni?"
________________________________________________________________________________
23 julai 2011 | Rutin: Berbakti kepada sepasang kaki

No comments:

Post a Comment