Masa: 5:56am
Hari: Rabu
Tarikh: 28-11-2012
![]() |
Hati-hati masa memerhati |
5 minit lalu,
aku terfikir sejenak kenapa ruangan blog ini wujud kembali. Tak lama dahulu, aku punyai ruangan yang sama, content yang berbeza, 4 tahun lalu.
3 minit lalu,
aku klik pada post sulung dan membaca semula. Kali ini, pembacaan aku diakhiri dengan jantung ditarik-tarik ke depan, terasa ombakkan di keliling mata dipukul laju dek pejaman mata.
2 jam lalu,
iaitu tepat jam 3:07 pagi. Aku terbangun lagi. Tangan tercari-cari si putih dalam keadaan mata samar-samar dan bilik gelap separa gelita. Limpahan cahaya lampu ruang tv masuk melalui lubang pintu.
4 contacts whats app, 121 conversations
3 missed calls
5 messages
logo Instagram
logo Twitter
Tanpa periksa lebih lanjut, aku biarkan si putih atas katil sambil berjalan ke meja capai air. Terduduk sebentar di sofa sambil tenung Week Board yang pernah satu ketika dahulu aku tanam angan-angan nak buat daily scrap tapi akhirnya, terlopong, sambil memegang botol air.
"huaaaarrghh~"Menguap tak henti padahal malam tadi seawal pukul 10 diulit mimpi.
Apa aktiviti perlu aku isi waktu ni?
Rendahkan timbunan assignment? Lenyapkan timbunan laundry? Kecilkan alunan nyanyian Cik Perut?
Namun,
entah macam mana dan bagaimana, aku telah pun bersimpuh selesa atas kerusi hitam sambil mengetuk entri ni dengan sangat lancar.
Sebelum itu,
tadah tangan,
pejam mata,
tenangkan hati dan fikiran,
celik semula,
baca ayat ini sebelum memulakan hari anda.
(;
No comments:
Post a Comment