Wednesday, 16 January 2013

Bila larut malam

Assalammualaikum



Bila mata hidung mulut pipi dahi tenung pada new post sendiri, fikiran terhenti sebentar.

Apalah yang nak dikarangkan eh?


Bila baca pemilik blog-blog tempatan, hati kecil pula berbisik.

Kenapa penulis sekian terbuka minda untuk paparkan karangan demikian?


Bila aku sudah diamkan hati yang berinsurans tapi masih tak sedar diri.

Apa generator yang mendorong mereka-mereka ini?




Sunday, 13 January 2013

Kain Putih

Assalammualaikum,

Ya. 
Populasi di Malaysia sepatutnya sedang diulit mimpi sambil mengeluarkan bunyi yang tidak disedari ketika ini. 
Sering sekali diberitahu adik-beradik dan gegadis aku ada sindrom mengigau. Biasanya bila badan dalam keadaan letih lesu ataupun tensi baru kejadian ini berlaku. 
Ini terbukti masa form 5 dulu dek kekerapan dan ketegangan sebelum marching competition, boleh pulak aku bagi command kawad semasa tidur. Harapnya aku tak hentak-hentakkan kaki masa tu.

Eh. 
Sepatutnya aku nak buat ala-ala quick update tapi jari jemari aku berketak ketuk lewat selangkah daripada otak aku berfikir.

Oleh kerana aku diberikan mandat untuk praktis sebelum bergelar seorang ibu/mak/mama/ummi/pengasuh dan sepanggilan dengannya, anak bongsu (buat masa ini) abang aku, Ilmi Imran dijaga oleh mak cik Iyan. Bayi yang berusia 9 bulan tersebut menguji tahap ketahanan aku untuk proses melayakkan diri sebagai seorang penyabar. Aku akan terkejut setiap kali si debab tu bergerak. Contohnya, pusingkan badan, meniarap, garu-garu dan pergerakkan selainnya. Tangisan si kecil ini juga seakan telah disetkan alarm, iaitu setiap sejam. 
Tanpa disedari tadi, aku telah mamai-mamai turun dapur buatkan susu tanpa ditemani. *tepuk tangan*

Lepas ni Ilmi akan tangis sebab pampers penuh. Tunggukan.

Si budak cengeng, nak nangis letew~


Kepuasan berjaya melelapkan bayi....seperti teringin lari sepantas Edward Cullen ke puncak Bukit Tabur dan jerit sekuat hati,
"Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~" 




Wednesday, 9 January 2013

Ayuh kayuh!

Assalammualaikum




Sering dambakan sesuatu baharu. Terutamanya kehidupan. 
Secara logiknya, tiada kehidupan baharu. 

                     Hmm. Ada. 
Mati hidup semula, waktu tu aku berada di alam baru, Alam Barzakh. 


Di sini, aku ketagih akan pembaharuan dalam kehidupan.

 

Insyaallah, aku masih merangka.






Monday, 7 January 2013

Landasan laman ini.

Assalammualaikum


Objektif blog ni? Motif blog ni diaktifkan apa?

Imaginasi aku tentang rakan alam maya, pen pal, berkongsi idea dan sebarisannya amatlah terkeluar daripada otak. Keinginan untuk memiliki rakan sedemikian menebal-nebal sehingga mendorong aku sign up blogspot ni. 

Tinggi bukan harapan aku terhadap perkara ini? 

Terkadang, isi hati aku bersuara diminta hidangkan cerita berkenaan dengan perasaan. Boleh jadi perasaan sedih, perasaan emosi, perasaan gembira dan perasaan-perasaan positif atau negatif. 

Mungkin ketiadaan perasaan? Mungkin juga.

Galakkan si isi hati adakala mekar, adakala separa melayu. 

Setelah ditolak tambah bahagikan dikalikan dan disama dengankan, benak aku sebulat minda untuk menghidangkan santapan untuk isi hati dengan,

        PERSOALAN/PERTANYAAN


Maka dengan itu, kegigihan untuk menimba jawapan terikat atas dahi.