Sunday, 13 January 2013

Kain Putih

Assalammualaikum,

Ya. 
Populasi di Malaysia sepatutnya sedang diulit mimpi sambil mengeluarkan bunyi yang tidak disedari ketika ini. 
Sering sekali diberitahu adik-beradik dan gegadis aku ada sindrom mengigau. Biasanya bila badan dalam keadaan letih lesu ataupun tensi baru kejadian ini berlaku. 
Ini terbukti masa form 5 dulu dek kekerapan dan ketegangan sebelum marching competition, boleh pulak aku bagi command kawad semasa tidur. Harapnya aku tak hentak-hentakkan kaki masa tu.

Eh. 
Sepatutnya aku nak buat ala-ala quick update tapi jari jemari aku berketak ketuk lewat selangkah daripada otak aku berfikir.

Oleh kerana aku diberikan mandat untuk praktis sebelum bergelar seorang ibu/mak/mama/ummi/pengasuh dan sepanggilan dengannya, anak bongsu (buat masa ini) abang aku, Ilmi Imran dijaga oleh mak cik Iyan. Bayi yang berusia 9 bulan tersebut menguji tahap ketahanan aku untuk proses melayakkan diri sebagai seorang penyabar. Aku akan terkejut setiap kali si debab tu bergerak. Contohnya, pusingkan badan, meniarap, garu-garu dan pergerakkan selainnya. Tangisan si kecil ini juga seakan telah disetkan alarm, iaitu setiap sejam. 
Tanpa disedari tadi, aku telah mamai-mamai turun dapur buatkan susu tanpa ditemani. *tepuk tangan*

Lepas ni Ilmi akan tangis sebab pampers penuh. Tunggukan.

Si budak cengeng, nak nangis letew~


Kepuasan berjaya melelapkan bayi....seperti teringin lari sepantas Edward Cullen ke puncak Bukit Tabur dan jerit sekuat hati,
"Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~" 




No comments:

Post a Comment