Tuesday, 27 November 2012

Sharing is motivating!



So,

this is our documentary for group assignment, we had to produce a piece based on our experiences at Tg Karang, Kuala Selangor. 

Let's watch!





I think i would love to be a camerawoman, if a book designer won't work for me.
;)

Luar Rasa




Masa:  5:56am
Hari:  Rabu
Tarikh:  28-11-2012


Hati-hati masa memerhati
5 minit lalu, 

aku terfikir sejenak kenapa ruangan blog ini wujud kembali. Tak lama dahulu, aku punyai ruangan yang sama, content yang berbeza, 4 tahun lalu.

3 minit lalu,

aku klik pada post sulung dan membaca semula. Kali ini, pembacaan aku diakhiri dengan jantung ditarik-tarik ke depan, terasa ombakkan di keliling mata dipukul laju dek pejaman mata. 

2 jam lalu,

iaitu tepat jam 3:07 pagi. Aku terbangun lagi. Tangan tercari-cari si putih dalam keadaan mata samar-samar dan bilik gelap separa gelita. Limpahan cahaya lampu ruang tv masuk melalui lubang pintu.

     4 contacts whats app, 121 conversations
     3 missed calls
     5 messages
     logo Instagram
     logo Twitter


Tanpa periksa lebih lanjut, aku biarkan si putih atas katil sambil berjalan ke meja capai air. Terduduk sebentar di sofa sambil tenung Week Board yang pernah satu ketika dahulu aku tanam angan-angan nak buat daily scrap tapi akhirnya, terlopong, sambil memegang botol air.


"huaaaarrghh~"
Menguap tak henti padahal malam tadi seawal pukul 10 diulit mimpi.


Apa aktiviti perlu aku isi waktu ni?
Rendahkan timbunan assignment? Lenyapkan timbunan laundry? Kecilkan alunan nyanyian Cik Perut?


Namun,
entah macam mana dan bagaimana, aku telah pun bersimpuh selesa atas kerusi hitam sambil mengetuk entri ni dengan sangat lancar.





Sebelum itu, 
tadah tangan,
pejam mata, 
tenangkan hati dan fikiran, 
celik semula, 

baca ayat ini sebelum memulakan hari anda.

(;














Wednesday, 19 September 2012

mode











Depressed level :
 WARNING!












Jalan sehala | Jalan dua hala




Lalat menghurungi bangkai.
Lebah mencari madu.


Masing-masing telah ditetapkan rutinnya, tetapi manusia, masih terpinga-pinga tersasar entah ke mana.

Aku mahu ke jalan sehala.



Tuesday, 7 August 2012

Kita Kroni



Tatkala kipas berpusing laju menghasilkan angin-angin hangat, aku meniarap menghadap komputer riba yang aktif mendedahkan gelombang radiasi yang mungkin akan mengakibatkan tumor.

Teramatlah negatif kesemua kombinasi idea di atas.
Senegatif apa yang berlegar dalam kaki lima otak aku ni.
Terpanggil nak halaunya pergi.
Sia-sia, gerenti kembali.

Semai benih perlu dalam tanah sesuai dengan pertumbuhannya,
Hal kecil ini, mungkin remeh bagi juruterbang, tapi vital bagi petani.
Perbezaan antara langit dan bumi.

Andai kesemua usaha perlukan hasil,
Maka sudahkah bersedia membayar cukai?



Do you see what you do to me?  Do you have any idea at all?
Sometimes I wish I could scream at you, and show you just what it is that you do to me.

tak nampak



melayang | satu



Ahh. Kacau betul la adik aku yang bakal layak menduduki kelas B2.


tiga minit yang lalu...




kaciaak! (bunyi tombol pintu dipulas)

"ngiaaaaaaaaaaaaaaaauu~(Iqe sambil mencebik muka dia seperti kucing liar tak mandi)"

"rajin sangat jadi kucing"

"nak amek air la"

"tu dalam tandas ade, tadah je."(mata aku fokus pada screen lappy, mulut menjawab)


BAM! (pintu ditutup)





sekarang...

ketam ah. aku lupa nak karang apa.














Saturday, 28 July 2012

Turunkan panji-panji


Hutan, pantai, padang pasir,gunung dan awangan,
sering menjadi lokasi menyahtoksin otak-otak manusia.

Makan, nyanyi, menari, membeli, menyendiri,
pula cara mengekspresi isi-isi kotak hati.


Ah. Funny.
Puas aku lalikan diri dengan mendiamkan bunyi, pergi sendiri.
Mana hari, aku lari, tak janji jumpa lagi.






Belakang pun tak apa.
Kurang bertentangan mata. 

Corak berfikir.



Perancangan yang teliti tidak selalunya menjanjikan kesempurnaan tetapi kematangan dalam mengatur pertimbangan.



Kerana,
Kita merancang, Dia tentukan.




Doakan aku, kuat.
Boleh?

Thursday, 21 June 2012

Sunday, 10 June 2012

Hujan Panas Bersilih Ganti

Perasaan ditinggalkan oleh mereka kamu sayangi, serentak.

Rasa pertama, aku redha.
Rasa kedua, aku lega.

Aku redha kerana aku tiada pilihan,
Aku lega kerana aku masih ada pilihan.

Aku pilih kerana itu pilihan-Nya,
Aku pilih kerana ada pilihan untukku.

Friday, 8 June 2012

Proses sembuh

Tatkala energi keceriaan terpancar ke seluruh badan, igauan hitam datang menerpa.
Rasa bersalah seakan mencucuk-cucuk liang roma.
***
Aku sudah bebas daripada ikatan. 
Jelas sekali simpul itu longgar.
Tapi,
Lega di dada, ria di mata.


Thursday, 7 June 2012

Bukan satu tetapi beribu.

Diabetes singgah sekelip mata,
Tebangkan saja kesemua tebu yang ada,
Kan gula racun termanis di dunia,
Buat apa simpan lama-lama?
Jalan cerita sudah tentu sama sahaja.

Hati sudah kembali tempat asalnya.
Padan muka ia tidak seperti sedia kala.

Belajarlah kenali pria,
kerana dia kita ada,
kerana dia kita ceria,
kerana dia kita berkuasa,
kerana dia kita leka,
kerana dia kita sia-sia,
kerana dia kita tidak sama.

Tuesday, 5 June 2012

Ikhlaskan hati, kurangkan daki.

Since that almost everyone seems to talk about "Oh My English", included Adam, my little cute niece who just arrived from Chicago last 4 days. 
So, unsurprisingly, i also going to share what i just found out, which is so History Channel.


In the end of this activity you will make a clear cut about the words lend and borrow.
Lend
If you lend, you give, allow, or permits someone to use something with the expectation that the person will return the thing or things to you.


Borrow
If you borrow, you receive, get, or take something from someone with the expectation that you will return the thing or things to the person.

Example,
(Iman) (Iman's Barbie doll) (Ika)

Iman is lending the Barbie doll to Ika.
Ika is borrowing the Barbie doll from Iman.


There is, however, a problem with lending - the failure to return materials with sincerity.

*******



Sebelum gigi susu aku tumbuh lagi ibu, abah, abang-abang, kakak-kakak, bibik dan saudara mara sudah key in  ayat ini ke dalam otak aku yang pada ketika itu seperti span kering,
'' Benda pinjam, harus dipulangkan."

Tiada barang yang kekal melainkan pahala, dosa dan ibadah kita lakukan di muka bumi ini.

Friday, 18 May 2012

Candu

Kalau kau rasa aku madu, cairkan aku.
Kalau kau rasa aku garam, larutkan aku.
Kalau kau rasa aku lucu, diamkan aku.
Kalau kau rasa aku dadu, lemparkan sahaja aku.






Bersihkan hati dengan teka-teki

Hidup di dunia jangan keliru.
Setiap ciptaan pasti bertujuan. Setiap kewujudan pasti beralasan.

Penterjemahan kitab tafsir dipercayai untuk membantu merasakan kelezatan membaca Al-Quran. 
Adunan berperisa seperti strawberi, cokelat, kaya dan seangkatan dengannya adalah untuk memuakkan lidah sahaja.

Sebab utama bercelaru, tidak mengerti mana dahulu mana nanti dulu.

Punya hati tidak berdegup, simpan otak tak berdenyut.
Punya mata tidak melihat, miliki telinga tidak mendengar.
Lidah yang merasa, urat saraf penyampainya.


Sering berlaku, namun tanpa hala tujuku.
Biarlah dulu. Sebab aku tak perlu.

Kenapa aku? Damn you.

Wednesday, 16 May 2012

Angka umurku kembar tapi tidak hambar

Drafts kian menimbun. Dari mana nak sambung pun aku terdiam sekejap.
Kalau aku mula rancak ketuk post A, tetiba je idea-idea untuk post G pulak berebut nak keluar. 
Itu yang melemahkan jari-jemari aku yang runcing ni(ececece).

Contohnya macam sekarang ni, sebenarnya nak post pasal birthday aku minggu lepas je pun. Kononnya nak buat ala-ala "Every Picture Tells a Story", tapi disebabkan aku sedar diri yang belum lagi layak untuk mengikut jejak otai photo editor NSTP merangkap pensyarah subjek foto kom aku, maka aku cantumkan gambar-gambar yang ada dalam satu frame.

Tahukah anda, sebelum dan selepas sambutan kelahiran pada tahun ini, aku telah lakukan sesuatu di luar jangkaanku sempena hari bersejarah dalam hidup Ibu? Bacalah dalam laman twitter gua! ngiahaha.
Kek Cokelat Cip bertakhtakan nama dan angka kembarku.


p/s: Alhamdulillah, terima kasih kepada famili dan kawan-kawan yang mendoakan perjalanan hidupku agar dilancarkan urusan dan diberkati dunia akhirat.

Friday, 4 May 2012

Salah | Tak Salah


Little India | Aimi Rosli


Langkah seribu tak sebatu,
Tawa panjang tak berlagu.
Tutur kata tak berbuku,
Tutup mata nafas laju.

iyan 2322 20120504



Jarak dekat | 0 km

Kalau 16 hari lepas aku asyik membebel tentang jarak perjalanan dari Rumahku Syurgaku ke Syurga Pesakit, kini, atau lebih tepat lagi, HARI INI, Insyaallah, tiada lagi~
Sebab, Raja Rumah sudah discharged!
Alhamdulillah.

Sesekali aku tweet di laman twitter,
36km seperti 3km;
jarak HKL sedekat katil empukku ke tandas;

tunggukan kitab poket tips dan tricks melawat selepas tamat waktu; 

lorong-lorong rahsia di hospital kawasan lembah Klang berada di 
celah-celah bracesku (padahal HKL, HTAR dan beberapa hospital je pun. Gebang lebih kau iyan.itu pun kau dah tawaf lebih tujuh kali masih tercari-cari.);

Jelas di sini bahawa, aku sememangnya telah melayakkan diri sendiri untuk bekerja sambilan di hospital sebagai drainage bag cleaner.

Berguna juga kewujudan kau iyan.

Ok.Nak sambung jadi jururawat yang suka mengular.


Wednesday, 25 April 2012

Kitaran dan Putaran


Setuju atau tidak, kita sedang bersandar pada pergerakan yang sama. Maksud aku ialah fasa tumbesaran. 
Contohnya seperti rama-rama, rama-rama bertelur,telur menjadi beluncas, beluncas menjadi kepompong seterusnya rama-rama, begitulah seterusnya.

Apetah lagi kita manusia, juga akan mengharungi beberapa fasa kehidupan di atas bumi. Bermula fasa terbentuknya janin, fasa menjadi bayi, fasa kanak-kanak, fasa remaja, fasa dewasa, fasa warga emas dan kemudian maut datang menjemput.

Itu merupakan dari segi tumbesaran, kalau dari segi keupayaan pula, aku belum layak untuk menggambarkan keseluruhan secara teliti.

Daripada tujuh fasa di atas tadi, hanya ada satu fasa sahaja kita berpeluang untuk mengerahkan segala usaha, titik peluh dan ilmu kita bekalkan sejak fasa kanak-kanak ke dalam kehidupan. Iaitu fasa dewasa. Peringkat yang memerlukan pemikiran rasional untuk menentukan kedudukan fasa seterusnya.

Aku percaya, setiap fasa tersebut tentunya didampingi oleh kedua-dua ayahanda dan bonda atau mungkin tidak bagi mereka yang kurang bernasib baik. Aku tidak bermaksud untuk mengguriskan hati kamu yang tidak berpeluang merasakan keistimewaan itu, tetapi ketahuilah, saham dosa kamu tidak lebih daripada kami yang mendapatkan bonus tersebut...

Scene 1- Makhluk kecil berada di fasa bayi
Ternampak seorang ayah sedang bersungguh-sungguh menukar lampin pakai buang yang sarat dengan hasil lumayan anaknya di satu sudut taman bunga.
 
Kadang-kadang, bila datangnya perasaan keibuan dalam hati aku ni, hati menggatal mulalah menjerit, 
"Wahhh~senanglah kerja aku esok kalau hari-hari laki aku bersihkan lombong anak."

Kebanyakkan masanya, kalau hati dan perasaan dikuasai dengan aura negatif, mulut puaka ni terjuih-juih memaki,
"Tak cukup tandas awam ke kerajaan dah sediakan? Tambahkan pencemaran udara je kat sini."

Jadi, berdasarkan formula statistik yang telah dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Negara, jumlah terkini, setakat 26 April 2012 0557am, penduduk di Malaysia ialah sebanyak 28,724,679.

"Oi oi, mana ko tau menatang ni, apa formula sebenar yang ko guna eh?"

Berikut merupakan andaian yang telah dibuat dalam formula ini:
Satu kelahiran berlaku setiap 58 saat
Satu kematian berlaku setiap 4 minit dan 36 saat
Seorang migran masuk (antarabangsa) setiap 5 minit dan 15 saat
Pertambahan keseluruhan penduduk, seorang penduduk bagi setiap 56 saat

Untuk maklumat lanjut sila layari:

Okay, berbalik pada topik, dengan jumlah penduduk 28,724,679 itu, ada berapa yang
akan berperasaan seperti seorang ibu? 700ribu? Ada berapa yang telah merungut?28juta?
Dan, ada tak yang pernah berfikir, "Aku mungkin akan begitu.."
Mungkin? 
Akan? 
Kenapa aku berikan kenyataan sedemikian?
Ini kerana Ingat 5 Perkara Sebelum Perkara yang sering ibuku dendangkan kepada anak-anaknya tatkala kami terlalai sebentar.

"Kaya sebelum miskin, Sehat sebelum sakit, Muda sebelum tua, Lapang sebelum sempit , Hidup sebelum mati"

Bila sihat, kita diingatkan untuk berdoa supaya dipanjangkan umur dengan ibadah. Maksudnya selagi dipanjangkan umur,dikurniakan kesihatan, lagi banyak ibadah yg kita boleh lakukan dan kena sentiasa berdoa semoga kita tak ditimpa penyakit. 
Contohnya nyanyuk. 
Bila dah nyanyuk, maka jadilah kita seperti baby di fasa bayi. Orang nak kena mandikan,nak kena suapkan makan,basuhkan berak dan sebagainya. Bezanya, baby sangat comel.. walaupun terberak penuh satu badan, bila dah mandikan, tepekkan bedak, terasa nak cium2 je baby tu. 
Sebaliknya, seorang yang nyanyuk, walaupun kena jaga macam baby, tapi bukanlah baby sebenarnya..

Islam mewajibkan umatnya untuk beriman dan mempercayai keesaan Allah SWT, kewujudan Malaikat, Nabi dan Rasul, Al-Quran itu sebaik-baik petunjuk, ketibaan Hari Kiamat dan juga ketentuan Qada' dan Qadar'.

Quote yang sering kita dengar,
Life is like a wheel
Sooner or later, it always come around to where you started again.
Tepat sekali.
Aku gelarkan diri sendiri sebagai insan yang paling beruntung. 
Motif?
Pada usia yang akan genap 22tahun dalam masa kurang daripada 14 hari lagi, telah diberikan kesempatan untuk menjaga dan merawat abah seperti beliau lakukan pada aku 21tahun yang lepas.
Selain menjalankan tanggungjawab sebagai anak, aku dapat merasakan suka duka beliau sepanjang membesarkan aku. 

Aku pernah bersungut.
Omelan aku kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk rehat dan ulangkaji. 
Omelan aku kerana terbawa-bawa emosi Abah yang tidak menentu. 
Omelan aku kerana tidak diberikan kebebasan yang sepatutnya aku rasai sebagai seorang remaja. 
Omelan demi omelan yang menjanjikan lonjakkan saham dosa aku pada ketika itu.

Astaghfirullah al azim..

Aku pernah terasa hiba.
Ketika Abah mula bercakap sesuatu di luar kesedarannya..
Ketika Abah tewas mengawal air matanya..
Ketika Abah kelihatan ceria saudara mara datang melawatnya..
Ketika Abah melafazkan kata-kata tidak sewajarnya..

Kadang-kadang, bila Ibu suruh aku masuk ke bilik sambung ulangkaji tukar shift jaga abah, aku akan berseloroh, 
"Kejap eh bu, Iyan kan nak praktis macam mana nak jaga baby. Esok Iyan dah ada baby, tak payah lah Ibu pening-pening nak ajar. Muda-muda lagi dah pro. Cuma yang ini baby giant la.hehehe." (Untung,kan?)

Seringkali aku terlihat Abah termenung..pertanyaan aku tak pernah kuajukan..kerana perbualan kami kurang..
"Apa yang Abah fikirkan,sekarang ni?"
________________________________________________________________________________
23 julai 2011 | Rutin: Berbakti kepada sepasang kaki